Saturday, November 17, 2012

AKAR FATIMAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...

Untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak,

Sila dapatkan akar fatimah untuk kegunaan sebelum bersalin nanti...


Akar fatimah ni digunakan untuk wanita hamil yang dah nak sampai masa bersalin. Khasiatnya adalah untuk membantu melancarkan kelahiran, membuka jalan dan memudahkan proses kelahiran.

Ada juga yang panggil akar fatimah ni sebagai bunga kembang semangkuk. Cara untuk guna akar fatimah ni; cuci dan bersihkan terlebih dahulu kemudian masukkan ke dalam bekas berisi air masak, air mineral atau air zamzam dan rendamkan untuk semalaman atau sehingga 3 hari.Selepas direndam, akar tersebut akan mengembang dan rendaman tadi akan bertukar warna coklat keperangan. Air rendaman itu dijadikan air selusuh.

Kata orang semakin kembang akar fatimah ni bermakna semakin dekat tempoh untuk seseorang itu nak bersalin...bab ni wallahualam kepastiannya.. apa pun kita berusaha Allah s.w.t jua penentunya.

Cara minum pula, ialah setelah kandungan mencecah 37 minggu (1 gelas sehari) dan setelah mencecah 39 minggu minum 2 gelas sehari. Semakin hampir tempoh due bersalin bolehlah minum dengan lebih kerap.

Akar fatimah tadi hendaklah dibasuh dan dikeringkan dan simpan dalam bekas yang bersih. Ia boleh digunakan berulang kali, tahan lama dan tiada tarikh luput. Lebih 7 keturunan pun masih boleh digunakan... :)

Kita semua berusaha dan berdoa agar dipermudahkan semasa proses melahirkan nanti. Moga-moga usaha kita semua diberkati Allah s.w.t.

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan akar fatimah ini boleh sms saya 013-2784648 atau emelkan ke fizanieshah85@yahoo.com.

Harga: RM18 (tidak termasuk postage)

*postage RM6.



Sekian, terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk entry ini...

No comments:

Post a Comment